JENDELA GEMILANG 2018 | Pusat Kebudayaan USIM
4 Strategi Utama Pusat Kebudayaan Pendidikan Seni Budaya Pelan Tindakan: i. Mengadakan pembelajaran dan pengajaran seni budaya secara sistematik. ii. Melantik pengajar seni budaya yang profesional bagi semua bidang kesenian. iii. Menyediakan modul seni budaya yang komprehensif dan relevan. iv. Menyediakan prasarana latihan dan kelas seni yang kondusif dan selesa. Pembangunan Kemahiran Insaniah Pelan Tindakan: i. Membangunkan instrumen pengukuran program seni budaya-USIM Seni 1. ii. Mengadakan program libatsama masyarakat dan pemindahan ilmu seni budaya. iii. Mewujudkan Ikon Seni Pelajar. iv. Mengadakan kursus-kursus seni budaya yang selari dengan keperluan Kemahiran Insaniah. v. Penubuhan USIM Orkestra Cak Lempong Diraja Negeri Sembilan (USCO). Pengkayaan Sumber Seni Pelan Tindakan: 1. Mewujudkan Karyawan Tamu. ii. Menjalin kerjasama dan MOU dengan entiti yang strategik. iii. Menyediakan galeri seni yang interaktif dan berinformasi. iv. Memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan program lawatan/sangkutan dalam dan luar negara berkaitan seni. Pengukuhan Program Seni Pelan Tindakan: i. Mewujudkan Kelab Alumni Seni Budaya USIM. ii. Penyertaan festival dan pertandingan seni dalam pelbagai peringkat khususnya antarabangsa. iii. Menyediakan penerbitan garis panduan, peraturan pertandingan seni dan sumber rujukan seni budaya. iv. Menyediakan dan menerbitkan Inovasi Karya Seni untuk masyarakat. PUSAT KEBUDAYAAN USIM JENDELA GEMILANG 2018 11
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=