JENDELA GEMILANG 2018 | Pusat Kebudayaan USIM
Pusat Kebudayaan Bakat seni merupakan keupayaan luar biasa yang dianugerahkan Allah kepada manusia pilihan-Nya. Memiliki bakat adalah satu kelebihan jika dimanfaatkan secara optimum mampu menyumbang banyak perkara positif kepada universiti dan masyarakat. Pusat Kebudayaan sangat komited untuk melonjak se i r i ng ber sama un i ver s i t i da l am mengintegrasikan seni budaya yang berteraskan ilmu Naqli dan Aqli yang dinamakan Seni Berbudaya. Pusat Kebudayaan mengambil inisiatif dan beriltizam untuk menjadi peneraju Seni Berbudaya atau leader in good cultural art dan meletakkan sasaran untuk menjadi rujukan ilmu kesenian dan kebudayaan di peringkat kebangsaan, serantau dan antarabangsa. Penerapan kemahiran insaniah melalui aktiviti Seni Berbudaya turut diberi penekanan dalam konteks mendidik dan membentuk pelajar menjadi generasi pemimpin masa hadapan yang berilmu dan berpengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan memberi kesejahteraan kepada universiti, masyarakat dan Negara Malaysia. SARI BICARA Moto Menerajui Seni Berbudaya Falsafah Menjulang mesej Islam melalui pendekatan Seni Berbudaya yang bersifat kontemporari dan memberi manfaat kepada masyarakat Malaysia. Visi Menjadi Peneraju Seni Berbudaya ‘Leader in Good Cultural Art’ yang menjadi rujukan dalam program seni budaya yang patuh syariah sama ada di peringkat Universiti, kebangsaan dan antarabangsa. Misi Pusat Kebudayaan meletakkan misi untuk menjadi Peneraju Seni Berbudaya melalui tiga elemen berikut; i. Menjulang seni yang menghubungkan dengan al-Khaliq, ii. Menjulang seni yang mengimbangi keperluan duniawi dan ukhrawi, iii. Menjulang seni yang mempunyai nilai ilmu dan membangunkan pemi k i r an masyarakat. Objektif • Membangunkan program Seni Berbudaya yang bersifat kebudayaan kebangsaan dan menepati maqasid syariah. • Menyemarakkan aktiviti kesenian yang mempunyai mesej Islam kepada pelajar USIM dan masyarakat. • Membangunkan program-program kebudayaan dan kesen i an seca r a be r s t ruk tur dan s i s t ema t i k demi man f aa t se j aga t . • Merekayasa persembahan seni yang mempunyai modul-modul lengkap yang menjurus kepada kecemerlangan kemahiran insaniah pelajar dan pemikiran masyarakat. PUSAT KEBUDAYAAN USIM JENDELA GEMILANG 2018 08
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=