Soft Skills 2013

 

  PENGLIBATAN PELAJAR DALAM AKTIVITI KEBUDAYAAN TAHUN 2013

(Rajah 1.1 - Graf penglibatan pelajar dalam aktiviti kebudayaan Januari hingga Disember 2013)

 

     Dalam usaha menilai keberkesanan program kebudayaan yang mengangkat bidang kesenian yang diceburi di Universiti, Pusat Kebudayaan menjalankan analisis penglibatan pelajar dalam aktiviti kebudayaan pada tahun 2013. Berdasarkan rajah 1.1 – graf penglibatan pelajar dalam aktiviti kebudayaan menunjukkan bahawa bermula dari Januari hingga Disember sebanyak 54 program seni budaya berlangsung melibatkan 350 Urus Setia Kesenian Pelajar. Prestasi  penyertaan Urus Setia Kesenian Pelajar amat memberansangkan berdasarkan penyertaan ke pertandingan peringkat MAKUM dan persembahan untuk majlis-majlis  rasmi Universiti seperti Majlis Santapan dan Persembahan sempena Konvokesyen USIM.  Pengurusan organisasi dan penganjuran aktiviti yang semakin meluas dan berkesan dilihat meningkatkan lagi keupayaan  Urus  Setia Kesenian Pelajar  dalam aktiviti kebudayaan  sepanjang tahun.  Kebolehan dan kemahiran yang diperolehi menerusi program bimbingan dan pengajar seni budaya profesional juga telah memberi impak kecemerlangan kepada Urus Setia Kesenian Pelajar dalam mencipta nama dan mengangkat imej universiti di pelbagai peringkat dalam dan di luar negara.

 

 ANALISIS MAKLUM BALAS RESPONDEN TERHADAP PENEKANAN KI DALAM AKTVITI SENI BUDAYA USIM

(Rajah 1.2 - Enam (6) Elemen Kemahiran Insaniah)

 

     Dalam usaha membangunkan modal insan negara khususnya di kalangan pelajar, Pusat Kebudayaan mengambil inisiatif menjalankan analisis data maklum balas  pelajar menerusi lima  program utama yang dilaksanakan pada tahun 2013. Analisis data ini bertujuan menilai keberkesanan program seni budaya USIM  yang menyumbang kepada peningkatan Kemahiran Insaniah yang menekankan aspek GSAdan menjurus kepada Kebolehdapatan Kerja Graduan. Berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara, matlamat utama pendidikan negara adalah untuk menghasilkan individu yang seimbang serta harmoni dari segi intelek, rohani, emosi  dan fizikal berasaskan nilai-nilai murni seperti yang disarankan dalam syariat Islam.

     Rajah 1.3 menunjukkan bahawa data maklum balas  terhadap skala penilaian 1 hingga 5 yang diperolehi daripada maklum balas pelajar merujuk kepada program seni budaya anjuran Pusat Kebudayaan. Skala penilaian tersebut menilai 6 daripada 7 elemen Kemahiran Insaniah:

 

6 dari 7 Elemen KI

Sangat Tidak  Setuju

Tidak Setuju

Sederhana   Setuju

Setuju

Sangat Setuju

 

1

2

3

4

5

Kemahiran  Berkomunikasi

1.3%

0.8%

7%

37%

53.7%

Pemikiran Kritis dan kemahiran menyelesaikan Masalah

0.44%

-

4.8%

3.7.4%

57.2%

Kemahiran Kerja Berpasukan

0.44%

0.8 %

6.16%

33.5%

59%

Pembelajaran Berterusan dan pengurusan Maklumat

0.44%

0.44%

1.32%

28.6%

69%

Etika dan Moral Profesional

1.32%

0.44%

8.8%

41%

18.5%

Kemahiran Kepimpinan

0.44 %

-

7.5%

37%

55%

 

           Rajah 1.3: Analisis data maklum balas 227 responden yang memilih 6 elemen KI yang diterapkan dalam aktiviti seni budaya USIM.

 

     Kemahiran Insaniah (KI) adalah antara elemen yang dikenal pasti amat kritrikal dalam dunia pekerjaan yang bersifat global, apatah lagi dengan perubahan teknologi yang begitu pantas. Oleh itu graduan IPT mesti sedar bahawa KI menepati kehendak pasaran kerja dan kehidupan harian yang kian mencabar.

     Ini terbukti melalui program-program anjuran Pusat Kebudayaan seperti One Day Community Care (ODCC) dan Festival Cipta Lagu Patriotik (CIPTA) sebenarnya amat tepat dengan keperluan dan kehendak kebolehpasaran pelajar kerana ianya mempunyai ciri seperti komunikasi dan interpersonal, membuat keputusan dan penyelesaian masalah, mahir menggunakan ICT (kemudahan teknologi) seperti memproses  data dan memperolehi maklumat dalam talian, mampu memimpin dan mengagihkan  tugasan dalam organisasi, mewujudkan kerjasama dalam berpasukan dan mencapai sasaran kerja yang dikehendaki. Sebagai contoh menerusi program yang menjurus kepada Community Engagement pelajar perlu berhubung dengan masyarakat luar untuk berbincang seperti mengadakan  mesyuarat untuk pelaksanaan program tersebut. Kesemua tugasan ini telah meningkatkan KI pelajar bagi memenuhi keperluan apabila melangkah ke alam kerjaya kelak.

     Daripada maklumat yang diperolehi dapat disimpulkan bahawa hasil daripada maklum balas pelajar, penerapan elemen-elemen KI dalam program yang dijalankan  amat  menepati keperluan dan kehendak pelajar dan ianya menjadi teras kematangan untuk seseorang pelajar itu tampil sebagai seorang graduan yang telah bersedia menghadapi  alam perkerjaan. Walaubagaiamana pun KI Keusahawanan perlu diberi penekanan pada tahun 2014 supaya Urus Setia berupaya menjana pendapatan dalam melaksanakan pogram seni budaya di masa akan datang. Secara keseluruhannya program seni budaya yang dilaksanakan telah memberi impak positif dan dorongan kepada pelajar terutama Urus Setia Kesenian Pelajar untuk terus bergiat aktif dan sentiasa seiring dengan hasrat untuk tampil sebuah Univerisiti yang mempunyai ekosistem yang baik dan cemerlang.

 

PUSAT KEBUDAYAAN
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel:
+606 -798 6106 / 6107 , Faks: +606 -798 6109, Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.