Pengenalan

 

 SARI BICARA

 

  • Bakat seni merupakan keupayaan luar biasa yang dianugerahkan Allah kepada manusia pilihan-Nya. Memiliki bakat adalah satu kelebihan jika dimanfaatkan secara optimum  mampu menyumbang banyak perkara positif kepada universiti dan masyarakat. Pusat Kebudayaan sangat komited untuk melonjak seiring bersama universiti dalam mengintegrasikan seni budaya yang berteraskan ilmu Naqli dan Aqli yang dinamakan Seni Berbudaya. Pusat Kebudayaan mengambil inisiatif dan beriltizam untuk menjadi peneraju Seni Berbudaya atau a leader in good cultural art danmeletakkan sasaran untuk menjadi rujukan ilmu kesenian dan kebudayaan di peringkat kebangsaan, serantau dan antarabangsa. Penerapan kemahiran insaniah melalui aktiviti Seni Berbudaya turut diberi penekanan dalam konteks mendidik dan membentuk pelajar menjadi generasi pemimpin masa hadapan yang berilmu dan berpengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan memberi kesejahteraan kepada universiti, masyarakat dan Negara Malaysia.

 

 MOTO

  • Menerajui Seni Berbudaya

 

FALSAFAH

  • Menjulang mesej Islam melalui pendekatan Seni Berbudaya yang bersifat kontemporari dan memberi manfaat kepada masyarakat Malaysia.

 

VISI

  • Menjadi Peneraju Seni Berbudaya yang menjadi rujukan dalam program seni budaya samada diperingkat universiti, kebangsaan dan antarabangsa.

 

MISI

  • Pusat Kebudayaan meletakkan misi untuk menjadi Peneraju Seni Berbudaya melalui tiga elemen berikut;
  1. Menjulang seni yang menghubungkan dengan al- Khaliq,
  2. Menjulang seni yang mengimbangi keperluan duniawi dan ukhrawi,
  3. Menjulang seni yang mempunyai nilai ilmu dan membangunkan pemikiran masyarakat.

 

OBJEKTIF

  • Membangunkan program seni yang bersifat kebudayaan kebangsaan dan menepati maqasid syariah.
  • Menyemarakkan aktiviti kesenian yang mempunyai mesej Islam dikalangan pelajar USIM dan masyarakat.
  • Mendedahkan program –program kebudayaan dan kesenian secara sistematik kepada pelajar USIM dan masyarakat.
  • Mengadakan pembangunan seni budaya yang mempunyai modul-modul lengkap yang menjurus kepada peningkatan kemahiran insaniah pelajar dan pemikiran masyarakat.

 

LAPAN FUNGSI UTAMA PUSAT KEBUDAYAAN

  1. Pembangunan Aktitviti  Seni Budaya
  2. Bimbingan dan Rundingan Seni Budaya
  3. Persembahan Seni Budaya
  4. Menyediakan Kelengkapan dan Prasarana Kesenian
  5. Dokumentasi dan Penyelidikan Seni
  6. Pendidikan Seni Budaya
  7. Penerbitan Inovasi Karya Seni
  8. Perkhidmatan Kemasyarakatan

PUSAT KEBUDAYAAN
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel:
+606 -798 6106 / 6107 , Faks: +606 -798 6109, Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.