HARI TAARUF UKP 2018

Nilai, Negeri Sembilan- Hari Ta’aruf Urusetia Kesenian Pelajar  telah diadakan pada hari Sabtu, 3 Mac 2018 bertempat di Hal Ehwal Pelajar (HEP) USIM. Aktiviti ini bertujuan untuk merapatkan hubungan diantara ahli lama UKP dengan ahli baru UKP agar mereka mengenali di antara satu dengan yang lain.

Aktiviti ini melibatkan 17 kumpulan yang bernaung di bawah Pusat Kebudayaan iaitu Pengurusan, Multimedia, Perkusi, Interaksi, Azra, Khupas, Teater, Bushra Lana, Dikir Barat, Koir, Muzik Moden, Cak Lempong, Khat, Seni Lukis, Vocal Assemble, dan Tarian.

Bermula pada jam 8 pagi dengan senaman pagi diketuai oleh wakil dari kumpulan Pansuri. Kemudian, diteruskan lagi dengan ucapan daripada Puan Rozihani Mohamad mengenai pentadbiran yang terdapat dibawah Pusat Kebudayaan. Dan seterusnya, Puan Arohiyah Abdullah memperkenalkan carta organisasi dan Majlis Tertinggi UKP kepada ahli-ahli baru.

Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan dikehendaki untuk melakukan persembahan berdasarkan cabutan undi. Pelbagai kerenah pelajar boleh ditonton sepanjang progam Hari Ta’aruf tersebut berlangsung. Harapan pihak penganjur agar para pelajar mampu menggalas amanah disamping tidak melupakan amanah utama iaitu menuntut ilmu.

 

Umaina El

Ary Jayy

Ejen Berita

Pusat Kebudayaan USIM

PUSAT KEBUDAYAAN
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel:
+606 -798 6106 / 6107 , Faks: +606 -798 6109, Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.