MALAM CINTA RASUL 2.0 USIM, TERBITAN SULUNG GoTVee PUSAT KEBUDAYAAN

NEGERI SEMBILAN 10 Jan. - Malam Cinta Rasul (MCR 2.0) yang memasuki edisi kedua penganjurannya bakal diterbitkan dalam siaran GoTVee yang merupakan laman sosial video terbaharu Pusat Kebudayaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang boleh dicapai melalui Youtube.

Pengarah Pusat Kebudayaan USIM, Ismail Ahmed berkara, inisiatif tersebut adalah sebagai usaha untuk membawa elemen seni berbudaya yang digerakkan oleh pihaknya kepada medium yan lebih interaktif dan bersifat kontemporari.

"MCR 2.0 ini sendiri adalah satu program kerohanian yang kami jalankan bersama pelajar dan alumni Urus Setia Kesenian Pelajar. Ia sedikit berbeza dengan edisi lepas kerana MCR 2.0 kali ini dirakam khas dan akan disiarkan di GoTVee. Pembaharuan ini juga seiring dengan penaiktarafan fasiliti Pusat Kebudayaan USIM sendiri seperti Panggung Budaya, Panggung Seni dan Panggung Rakaman," katanya ketika ditemui selepas majlis rakaman MCR 2.0, di sini hari ini. 

Turut hadir menyaksikan MCR 2.0, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Prof. Dato’ Dr.  Hassan Basri Awang Mat Dahan, penggiat seni tanah air Shahruddin Thamby, Roslee Mansor, Syed Indera Syed Omar dan komposer terkenal Fauzi Marzuki serta beberapa lagi karyawan tanah air.

Pengisian MCR 2.0 juga menampilkan kelainan dengan mengetengahkan dua segmen utama iaitu persembahan seperti nasyid, qasidah, dikir selawat serta segmen bual bicara Islam ' Lets Talk' yang dikendalikan oleh Pengarah Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD), Dr. Irwan Mohd Subri. 

Tambah Ismail, GoTVee juga bakal berfungsi sebagai laman sosial video rasmi Pusat Kebudayaan yang memaparkan segala perkembangan serta aktiviti seni budaya.

Di tanya berkaitan tarikh penerbitannya, Ismail memberitahu GoTVee bakal diterbitkan awal Mac nanti.

 

Rozihani & EB Iraaz

Pusat Kebudayaan 

Universiti Sains Islam Malaysia 

PUSAT KEBUDAYAAN
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel:
+606 -798 6106 / 6107 , Faks: +606 -798 6109, Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.