Artikel

SENI LUKIS (PENA EMAS)

Pena Emas adalah salah satu daripada kumpulan seni lukis di bawah naungan Pusat Kebudayaan Universiti Sains Islam Malaysia. Ianya telah ditubuhkan pada tahun 2007, di bawah naungan pusat kebudayaan yang di mana juga membawakan pelbagai lagi kelab-kelab ataupun persatuan-persatuan penggiat seni yang lain seperti tarian, alat muzik moden dan tradisional, lakonan, nyanyian, puisi dan lain-lain. Kumpulan Seni Lukis Pena Emas ini membawakan moto ‘inspiration from heart’sebagai falsafah identiti penghasilan hasil-karya seni lukisan yang lahir hati para penghasil karya. Sehubungan itu, ianya diketuai oleh saudari Nurul Nasuhah Razali sebagai pengarah kumpulan dan mempunyai lebih kurang 30 orang ahli di dalamnya.

            Objektif penubuhan kumpulan adalah untuk memartabatkan seni lukisan di dalam pelbagai medium sebagai satu wadah penyampaian dakwah kepada komuniti dan mengangkasa seni berbudaya menerusi seni lukisan. Selain itu, kumpulan ini berfungsi menawarkan perkhidmatan penghasilan seni lukisan yang bermutu dan berdaya saing dari segi harga dan kualiti. 

 

 

 

PUSAT KEBUDAYAAN
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel:
+606 -798 6106 / 6107 , Faks: +606 -798 6109, Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.