Artikel

NASYID LELAKI (INTRACKSEE)

Kumpulan Nasyid Intracksee merupakan salah sebuah kumpulan kesenian dari 16 kumpulan di bawah kelolaan Pusat Kebudayaan Universiti Sains Islam Malaysia . Ditubuhkan  pada awal bulan Julai tahun 2007 ,  kini Intracksee telah hampir mencecah 10 tahun sejak penubuhannya . Dianggotai lebih dari 20 orang ahli yang terdiri daripada mahasiswa USIM dan terus berkembang dari generasi ke generasi mengikut tahun pengajian di USIM .

Antara matlamat dan objektif Intracksee ditubuhkan adalah untuk mengangkat martabat seni suara khusus dalam genre nasyid supaya ianya setanding dengan genre2 muzik yang lain . Disamping itu , Intracksee juga ditubuhkan atas dasar untuk menggilap bakat mahasiswa USIM dalam bidang seni suara ini . Selain daripada menyampaikan lagu-lagu yang berunsurkan ketuhanan dan nilai-nilai murni , Intracksee juga menerapkan elemen kemahiran insaniah dalam kalangan ahlinya . 

Kumpulan nasyid Intracksee ini dikendalikan oleh artis nasyid tanah air , Huzaimi Zaini dari kumpulan Nowseeheart. Sepanjang hampir 10 tahun penubuhan , beliau banyak berjasa atas segala pencapaian Intracksee dalam bidang nasyid.

 

 

 

PUSAT KEBUDAYAAN
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel:
+606 -798 6106 / 6107 , Faks: +606 -798 6109, Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.