Artikel

DIKIR BARAT (TABUH PENDETA)

Sebelum tahun 2009, USIM pernah memiliki kumpulan dikir barat yang diberi nama Tabuh Pendita. Namun, penubuhannya tidak bertahan lama. Bermula tahun 2009, pasukan dikir barat ditubuhkan kembali. Namun nama kumpulan terpaksa diubah sedikit bagi membezakan kumpulan yang sebelum iaitu Tabuh Pendeta. Tabuh Pendeta mengambil maksud bertabuh (berdikir) Pendeta (pendikir yang cerdik). Akronimnya pula, TARIKAN BUDAYA MELALUI PENDEKATAN TAABUDIYAH.

Sewaktu ditubuhkan, jumlah ahli sekitar 10 orang. Latihan pada waktu itu dibuat di Sutera indah (kini sudah menjadi kediaman untuk perempuan). Penubuhan awal, untuk memasuki sebuah pertandingan, ' Festival Seni Kebudyaan Universiti Malaysia (FESTKUM) ' yang diadakan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Ahli semakin bertambah disamping latihan yang konsisten. Pencarian tok jogho serta tukang karut giat diadakan. Pembimbing utama untuk kumpulan ini ialah Encik Sulhi (abe Yi) dan Encik Muhammad (abe Mat). Objektif penubuhan pada waktu tersebut hanyalah untuk menyertai pertandingan. Masa berganti masa, dengan terbentuknya sebuah kumpulan yang lengkap termasuk tok jogho dan tukang karut, awak-awak serta pemuzik, kumpulan ini diteruskan wujud dengan harapan berdakwah melalui seni. Inilah yang membezakan kumpulan dikir barat bawah Unit Kebudayaan Pelajar (UKP) USIM dengan kumpulan dikir barat yang lain berbeza.

Tabuh Pendeta kini semakin melangkah jauh. Moga ia dapat kekal di sini (USIM) selamanya. Hidup dengan memberi manfaat kepada orang lain melalui seni. 

 

 

 

PUSAT KEBUDAYAAN
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel:
+606 -798 6106 / 6107 , Faks: +606 -798 6109, Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.