Artikel

KHAT (KHUFI FARISI)

Kumpulan Seni Khat Khufi Farisi atau nama lainnya Kelab Seni Khat Khufi Farisi di bawah kendalian Urus Setia Kesenian Pelajar merupakan sebuah kelab atau kumpulan yang berdaftar di bawah Pusat Kebudayaan Universiti Sains Islam Malaysia. Kelab ini mula ditubuhkan pada tahun 2006.

Tenaga pengajar atau ustaz yang mengajar pada masa itu ialah Ustaz Muhammad Asrak bin Haji Mohd Osman. Beliau merupakan penolong pengarah bahagian pentadbiran di Jabatan Pentadbiran merangkul Ketua Unit Hal Ehwal Islam di Kuala Lumpur pada tahun tersebut. Pada tahun 2010, Ustaz Asrak telah tamat kontrak dengan Pusat Kebudayaan USIM lalu kelab khat ini telah menerima tenaga pengajar yang berasal dari Melaka iaitu Ustaz Mohammad Firdaus bin Mahadi. Ustaz Mohammad Firdaus merupakan alumni USIM dalam bidang Sarjana Muda Pengajian Al Quran dan As Sunnah. Ustaz Firdaus berkerjaya sebagai penulis khat sepenuh masa di Malaysia. Ustaz Firdaus telah banyak berjasa kepada USIM dalam bidang pengkaryaan khat antaranya, logo إقراء di bulatan besar USIM adalah hasil tulisan tangan beliau. Beliau merupakan tenaga pengajar Kelab Seni Khat sehingga kini. 

 

 

 

PUSAT KEBUDAYAAN
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel:
+606 -798 6106 / 6107 , Faks: +606 -798 6109, Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.