Artikel

BUSHRA LANA(TARANNUM DAN QASIDAH)

Terdiri daripada 20 orang ahli yang disaring dan dipilih secara terus oleh guru kelab Tarannum dan Qasidah sendiri iaitu Ustaz Husaini Bin Mahmur yang rata-ratanya sudah mengetahui akan ilmu tarannumnya. Fungsi utama adalah menjadi keutamaan untuk mewakili universiti dalam menyertai Ihtifal atau pertandingan-pertandingan yang dianjurkan samada di dalam mahupun luar USIM.

Antara tujuan utama disebalik penubuhan kumpulan seni ini ialah memastikan kelangsungan pengajian ilmu tarannum dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi di USIM, selaras dengan konsep GIINA yang sudah sememangnya diterapkan kepada mahasiswa mahasiswi di USIM. Selain itu, mendedahkan kepada mahasiswa mahasiswi akan seni tarannum yang asli dan bersanad melalui tenaga pengajar yang berautoriti dan berkemampuan dalam bidang seni suara dan juga tarannum itu sendiri.

Di samping itu, menjadi platform untuk pelajar-pelajar yang         dilihat berbakat untuk diketengahkan lagi di peringkat yang lebih tinggi dan menjadi suatu role-model kepada pelajar-pelajar lain dalam meninggikan darjat Al-Quran itu sendiri, melalui seni suara yang telah tercipta sejak zaman Nabi Allah Daud lagi.

Seterusnya, memartabatkan seni Al-Quran yang sangat bernilai disisi Islam dalam menzahirkan ketinggian, keunikan dan kemukjizatan Al-Quran.

 

 

 

PUSAT KEBUDAYAAN
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel:
+606 -798 6106 / 6107 , Faks: +606 -798 6109, Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.