Artikel

EJEN BERITA

Ejen Berita merupakan kumpulan yang bernaung di bawah Pusat Kebudayaan USIM. Kumpulan ini telah ditubuhkan pada tahun 2011 dan masih bergiat aktif sehingga kini. Kumpulan ini juga diberi pendedahan tentang dunia penulisan dan kewartawanan.

Ejen Berita ditubuhkan bertujuan untuk melatih dan menyuntik minat serta semangat mahasiswa untuk tampil sebagai individu holistik, berkarisma dan penuh kredibiliti dalam bidang penulisan dan kewartawanan.

Selain itu, ianya bermatlamat untuk menjadi ejen penyampai dan penyebar berita yang tepat dan padat khususnya buat masyarakat USIM. Objektif lain adalah membentuk dan melahirkam graduan holistik dan berdaya gaji tinggi.

Ejen Berita bertindak sebagai medium perhubungan antara kampus dan media luar. Selain itu, ianya juga menghasilkan hasil penulisan yang dapat disalurkan kepada media cetak dan eletronik. Tugasan yang diambil oleh kumpulan ini ialah liputan berita bagi program di dalam dan luar kampus. 

 

 

 

PUSAT KEBUDAYAAN
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel:
+606 -798 6106 / 6107 , Faks: +606 -798 6109, Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.