Artikel

TEATER (ATRA)

Apa itu ATRA? ATRA merupakan ringkasan bagi Akedemi Teater Rupawan Asli. Kumpulan ini di tubuhkan bagi pelajar-pelajar yang mempunyai minat dan berbakat dalam bidang lakonan. Selain itu, ATRA juga mendedahkan kepada pelajar seni pementasan teater.

Seni pementasan teater terdiri daripada, penulisan skrip, pengarahan sesebuah teater, sinografi, prop, teknikal dan pelbagai lagi. Dalam istilah yang mudah, pementasan teater ini memerlukan kerjasama antara satu sama lain bagi menjayakan sesebuah pementasan teater itu sendiri. Setiap elemen dalam teater sangat penting untuk memastikan kelangsungan sesebuah pementasan itu berjaya dipentaskan. 

                Objektif penubuhan ATRA adalah sebagai sebuah medium yang memberikan pendedahan kepada pelajar berkenaan lakonan dan menjadi salah sebuah pusat dimana memberikan rujukan dan khidmat nasihat daripada tenaga pengajar yang disediakan.

 

 

 

PUSAT KEBUDAYAAN
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel:
+606 -798 6106 / 6107 , Faks: +606 -798 6109, Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.