Artikel

NASYID PEREMPUAN (AZRA)

Kumpulan Azra (nasyid perempuan) merupakan sebuah kelab kesenian di bawah unit Urus Setia Kesenian Pelajar yang bernaung di bawah Pusat Kebudayaan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Setiap tahun, Azra akan mengadakan sesi ujibakat dan pada tahun 2016, Azra telah memiliki ahli seramai 44 orang yang terdiri daripada pelajar-pelajar dari tahun 1 sehingga tahun 4. Azra telah dilatih oleh seorang guru yang sangat berpengalaman dalam bidang nasyid iaitu Encik Mohd Huzaimi bin Mohd Zaini. Beliau bukan sahaja seorang ahli kumpulan nasyid NowSeeHeart, bahkan seorang pakar motivasi.

Selain itu, nasyid moden juga merupakan kelebihan bagi kumpulan Azra namun begitu, lagu-lagu tradisi juga mampu disampaikan dengan baik. Kumpulan ini juga memperkenalkan dan mengekalkan kebudayaan serta kesenian Islam kepada warga USIM serta masyarakat luar.

Akhir sekali, menyediakan platform bagi mahasiswi USIM mengasah bakat seterusnya menyebarkan dakwah melalui medium seni suara. 

 

 

 

PUSAT KEBUDAYAAN
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel:
+606 -798 6106 / 6107 , Faks: +606 -798 6109, Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.