WACANA PENCERAHAN HIBURAN DALAM ISLAM BERI PELUANG PENGAMAL SENI BERSEMUKA DENGAN ULAMA’ DAN AGAMAWAN

WACANA PENCERAHAN HIBURAN DALAM ISLAM

BERI PELUANG PENGAMAL SENI BERSEMUKA

DENGAN ULAMA’ DAN AGAMAWAN

 

 

NILAI, 11 MEI 2015 – Fokus utama untuk memberi keterangan dan kefahaman kepada pengamal seni mengenai garis panduan hiburan dalam Islam, Wacana Pencerahan Garis Panduan Hiburan Dalam Islam ini dilihat memberi peluang kepada para pengamal seni untuk membuka soalan kepada panel-panel yang lebih arif mengenai perkara-perkara yang menjadi persoalan sejak Garis Panduan Hiburan Dalam Islam Edisi Kedua diwartakan.

Majlis ini yang berlangsung di Galeri Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dibawah anjuran Pusat Kebudayaan USIM  dengan kerjasama Majlis Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia (MAKUM) yang menampilkan dua orang panel agamawan tersohor iaitu YB Dato’ Haji Nooh Gadut, Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor dan YBhg. Dr Irwan Mohd Subri, Pengarah Institut Pegurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD) sebagai ahli panel bagi wacana kali ini.

Sepanjang wacana berlangsung, banyak isu yang diketengahkan antara yang menarik ialah isu percampuran antara lelaki dan perempuan di dalam satu majlis dimana Dr. Irwan menyebut bahawa percampuran memang tidak dapat dielakkan dalam sesetengah majlis walaupun percampuran itu tidak seratus peratus akan tetapi golongan yang terpaksa  bercampur ini perlulah menjaga batas-batas pergaulan dan tidak berlaku persentuhan antara lelaki dan perempuan.

Manakala, Datuk Nooh berkata “Ada keterbukaan dalam membuat garis panduan ini, ianya bukanlah fatwa, garis panduan ini berkemungkinan akan dipinda jika diperlukan.”

Mengenai isu ayat Al-Quran dan Hadis yang dilagukan, Dr. Irwan berkata, bab Iqtibas ada dibincangkan dalam Ilmu Balaghah bahasa Arab dimana para ulamak membincangkan bahawa Iqtibas diharuskan selagi ia tidak membawa kepada SyirikIqtibas didalam Garis Panduan Hiburan Dalam Islam mendefinisikan Iqtibas ialah memetik sebahagian daripada Al-Quran atau Hadis, lalu disertakan dalam satu prosa atau syair.

 

 

Ketika ditemubual, Datuk Nooh berkata bahawa beliau melihat wacana ini sesuatu yang positif kerana ini adalah peluang untuk para ulamak bersemuka dengan pengamal media. Tambah beliau lagi, wacana seperti ini akan diteruskan pada masa hadapan supaya melalui perbincangan bersama maka kata sepakat akan dapat diwujudkan diantara ulamak dan pengamal media.

Menurut Timbalan Presiden Munsyid Malaysia, Encik Muhammad Hazamin Harun, beliau berkata wacana ini dapat mengawal hasil kerja karya penasyid supaya mengikut syariat yang ditetapkan oleh Islam. Tambah beliau lagi, “Saya lihat wacana ini sangat bagus cuma saya berharap ia dipanjangkan lagi menjadi satu bengkel dengan perincian yang lebih mendalam.”

Turut hadir pada majlis tersebut Ybhg. Profesor Dr. Nik Wan Omar, Timbalan Naib Canselor UniSZA merangkap Pengerusi MAKUM, Ybhg. Datuk Freddi Fernandez, Presiden Persatuan Karyawan Malaysia, barisan pegawai-pegawai MAKUM Universiti-Universiti Awam, pengamal seni dan ramai lagi.  

 

Klik untuk Link video wacana.

PUSAT KEBUDAYAAN
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel:
+606 -798 6106 / 6107 , Faks: +606 -798 6109, Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.