Intracksee USIM kuasai Qasidah Burdah

Intracksee USIM kuasai Qasidah Burdah

 

 

Kejayaan memenangi tempat kedua Pertandingan Qasidah Burdah dalam Festival Qasidah Burdah 2015 bagi kategori terbuka di Auditorium Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negeri Sembilan baru-baru ini ternyata melonjakkan nama kumpulan Interacksee Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

                Menurut ketua kumpulannya, Rahimi Rezaf, mereka tidak menyangka dapat memikat hati juri pada pertandingan tersebut kerana kumpulan nasyid moden yang tidak terdedah dengan kaedah nyanyian Burdah Qasidah.

                “Syukur, hasil usaha dan komitmen seluruh anggota kumpulan serta sokongan pegawai Pusat Kebudayaan, kami Berjaya membuahkan hasil yang mampu mengharumkan nama universiti walaupun kami hanya melakukan latihan singkat dalam masa dua hari serta perlu bertarung dengan peperiksaan akhir semester.

                “Kami juga tidak menyangka kami berjaya lebih-lebih lagi terpaksa berdepan dengan 10 kumpulan pencabar yang bukan calang-calang dari pelbagai peringkat dan institusi termasuk dua kumpulan pencabar dari Indonesia.

                Dengan kemenangan itu, kumpulan intracksee yang dibarisi oleh 10 orang siswa USIM berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM3,000 beserta hadiah iringan dan juga sijil.

                Di dalam Festival anjuran bersama Majlis Agama Islam Negeri Sembilan dan Yayasan Sofa itu, kumpulan Intracksee telah mendendangkan dua buah lagu iaitu Maula Ya Solli Wasalim karya Imam Bushiri sebagai lagu wajib dan juga lagu kedua iaitu Inni Uhibbu.

-USIM

PUSAT KEBUDAYAAN
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel:
+606 -798 6106 / 6107 , Faks: +606 -798 6109, Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.