INSART'15

RM 25.00

Buku INSART merupakan himpunan kertas kerja melibatkan 7 pembentang dari negara Indonesia, Austria dan Malaysia. Penulisan ilmiah ini memfokuskan seni dan kaitannya dengan sains, sosio budaya dan agama. Penerbitan buku ini merupakan hasil Seminar Antarabangsa Seni Dalam Pembangunan Manusia pada Era Moden/International Seminar Of Arts in Human Develeopment In Modern Era (INSART) dan mampu menjadi bahan rujukan pelbagai pihak khususnya dalam bidang seni kerana intipati setiap tajuk yang dibentangkan adalah menarik dan membuka perspektif baru dalam menilai makna seni. Penerbitan buku ni sejajar dengan hasrat untuk membangunkan di mana sebagai pusat rujukan integrasi ilmu naqli dan aqli peringkat serantau dan antarabangsa. USIM mengambil inisiatif untuk membawa msyarakat menilai seni itu dari sudut pandang yang lebih positif dan intelektual di mana isu dan peranan seni itu dikupas melalui INSART dalam pembangunan manusia menerusi aspek akal budaya dan agama selain memfokuskan kaitan seni dan sains. Ini kerana masyrakat harus akui bahawa seni sangat dinamik dan tidak dapat lari daripada mengalami perubahan dan inovasi. Seni perlulah dikawal selia agar selari dan sesuai dengan konsep Seni Berbudaya.

 

Pembentang Terdiri tokoh-tokoh

1. REVIEW BUKU REFLECTIONS OF AN ENGLISH MUSLIM, AHMED PAUL KEELER

Oleh Dr. Mahazan Abdul Mutalib

 

2. SENI MEMBINA BUDAYA YANG BAIK UNTUK PEMBANGUNAN SOSIAL               

(Role of Arts: Producing a Good Culture for Social Development)

Oleh En. Anusirwan

 

3. REKONSTRUKTIF PEMIKIRAN DAN PERSEPSI: SENI ADALAH ANUGERAH ALLAH

(Reconsturctive Mind & Perception: Art as Gift from Allah)

Oleh En. Ismail Ahmed

 

4. INTELEK DALAM MENGENAL TUHAN                                          

(The Function of Human Intellect in Knowing God)

Oleh En. Baharudin Ahmad

 

5. SAINS DAN MUZIK: MENINGKATKAN PRESTASI KEINSANAN

(Science and Music: To Enhance Human Performance)

Oleh YBhg Prof. Dato’ Dr. Mohd Yusof Hj Othman

 

6. FILM DAN PERSOALAN KEMANUSIAAN DALAM WACANA MINORITAS DAN WACANA DOMINAN                                        

(Role of Good Film; as a Medium to Develop Humanity)

Oleh En. Arda Muhlisiun & En. RB. Armantono

 

7. SENI YANG BAIK: MEDIUM UNTUK MENYEMBUHKAN EMOSI MANUSIA                    

(Good Arts: As A Medium To Heal Human Emotion)

Oleh Mr. Gernot Galib Stanfel

 

Buku INSART ini juga telah diiktiraf sebagai khzanah intelek negara di bawah AKTA Penyerahan Perpustakaan 1986 (AKTA 331) bagi tujuan rujukan generasi  kini dan akan datang.

Buku ini boleh didapati di Pusat kebudayaan USIM dengan harga RM25.00

 

 

Oleh : Rozihani Mohamad

Pusat kebudayaan

USIM 0122193110

 

PUSAT KEBUDAYAAN
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel:
+606 -798 6106 / 6107 , Faks: +606 -798 6109, Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.