PENYERTAAN KALI PERTAMA MEMBAWA TUAH

NILAI, 3 APRIL - Muhammad Faatihul Zalil daripada Universitas Islam Negeri (UIN) Sunan Ampel Surabaya, Indonesia dan Illiyya Fairuz yang mewakili Universitas Islam Negeri Maulana Malik Ibrahim Malang, Indonesia muncul johan dalam acara tilawah kategori Ihtifal Institusi Pengajian Tinggi (IPT) ASEAN 2018 pada hari ini, sekaligus membawa pulang wang tunai sejumlah RM2,000 berserta trofi.  

Kedua-duanya mengatakan bahawa Ihtifal IPT Asean merupakan penglibatan pertama dalam pertandingan yang besar dan merupakan kejayaan terbesar dalam hidup mereka. Bagi kategori Qari, tempat kedua ialah Ahmad Ashraf Azmi daripada USIM manakala tempat yang ketiga ialah saudara Muhammad Asyraf Akhimullah Abdullah wakil daripada Universiti Malaya (UM), manakala bagi kategori Qariah pula, Awatif Abdul Majid wakil UM telah mendapat tempat kedua manakala tempat ketiga telah disandang oleh Dina Adriani wakil daripada UIN Antasari Banjamasin.

Melalui ucapan Timbalan Naib Canselor (TNC) Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) USIM, Prof. Dato' Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan, melalui ucapan majlis penutupan, telah berlaku peningkatan kualiti bacaan dalam kalangan peserta berbanding tahun-tahun yang lepas. Bacaan qari dan qariah mampu mencapai standard antarabangsa.

Pertandingan tilawah Ihtifal IPT ASEAN kali ini membariskan 15 peserta lelaki dan 12 peserta perempuan yang bertanding dan ianya memberi impak positif dengan penyertaan beberapa kumpulan yang pertama kali menyertai pertandingan ini. 

Pertandingan tilawah pada kali ini diadili oleh qari professional yang tidak asing lagi iaitu Lukman B Mohd Hosni, Hassan Al Fadhli B Abd Rahman, Muhammad Rahimi Ibrahim dan Zainuddin Ab Rahman.

Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang disempurnakan oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Musa Ahmad, Naib Canselor USIM serta Prof Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) USIM. Turut menyempurnakan majlis penutupan adalah Datuk Seri Dr Abdullah Bin Md Zin, Penasihat Agama kepada Perdana Menteri.

 

Ary Jayy

Umaina El

Ejen Berita

Pusat Kebudayaan USIM

PUSAT KEBUDAYAAN
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel:
+606 -798 6106 / 6107 , Faks: +606 -798 6109, Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.