KEMBARA PATRIOTIK USIM STREET DAKWAH

Nilai, 23 Ogos 2016- Menyahut semangat patriotik dan meraikan hari bersejarah 31 Ogos, Pusat Kebudayaan USIM sekali lagi menampilkan USIM Buskers untuk diketengahkan dalam program USIM Street Dakwah@Kembara Patriotik ETS.

 

Ingin menampilkan kelainan, Pengarah Pusat Kebudayaan, Ismail Ahmed berkata, program kembara patriotik ini diadakan bertujuan untuk memupuk semangat patriotisme di samping merasai pengalaman baharu iaitu mengembara dengan menaiki kenderaan awam Electric Train Service atau lebih dikenali sebagai ETS. Bagi menjayakan program ini Pusat Kebudayaan selaku peneraju turut dibantu oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Pusat Komunikasi Strategik USIM dengan kerjasama Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Berita Harian, HKL Kids Cancer, Kumpulan Penyair Nasional (KHUPAS) dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah.

 

 

Program yang bakal berlangsung pada hari bersejarah 31 Ogos ini melibatkan kira-kira 30 peserta dan turut menampilkan artis  tanah air yang juga Karyawan Seni USIM seperti Dato’ Nash, Siso Kopratasa dan turut menampilkan USIM Buskers yang dianggotai oleh mahasiswa USIM sendiri.  Selain persembahan nyanyian dan juga busking, turut menampilkan persembahan puisi dari ahli-ahli kumpulan yang menggelarkan diri mereka dengan nama Khupas merupakan sebuah kumpulan puisi nasional yang baru sahaja mencipta nama. Selain aktiviti nyanyian lagu patriotik, lagu berunsur ketuhanan dan turut diadakan acara kemuncak  kibaran  jalur gemilang

 

 

Kembara Patriotik @ ETS akan memulakan pengembaraannya pada pagi 31 ogos 2016 dari stesen Sentral Kuala Lumpur dan berakhir di Alor Star. Manakala keesokan harinya 1 September 2016  kembara akan berpatah balik dari stesen Alor Star ke Sentral Kuala Lumpur. Antara lain program ini juga mengutip sumbangan dari orang ramai yang turut sama berada di dalam ETS namun begitu sumbangan hanya boleh disalurkan melalui nombor akaun yang tertera pada brosur yang akan di edarkan kepada orang ramai. Hasil sumbangan akan di salurkan kepada wakil HKL Kids Cancer yang akan turut serta berada bersama sepanjang kembara patriotik @ ETS ini. Kepada orang ramai yang akan menaiki ETS pada hari merdeka ini, di harap dapat bersama-sama memeriahkan program ini di samping menghulurkan sumbangan pada yang memerlukan.

 

Disediakan oleh:

Farazilah Che Ani

Pegawai Kebudayaan USIM

PUSAT KEBUDAYAAN
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel:
+606 -798 6106 / 6107 , Faks: +606 -798 6109, Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.