INTRACKSEE RANGKUL DUA ANUGERAH IHTIFAL PERINGKAT ASEAN

Nilai- Pertandingan nasyid sempena Ihtifal IPT ASEAN disambut meriah daripadaa seluruh Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia. Daripada 10 penyertaan, sembilan kesemuanya adalah IPT dari Malaysia manakala sebuah IPT dari Indonesia.

Pertandingan  yang berlangsung di Dewan Kuliah Utama (DKU) Fakulti Pengajian Al- Quran dan As- Sunnah (FPQS), USIM) itu menyaksikan 10 kumpulan nasyid daripada Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Universitas Islam Negeri Syarif Hidayatullah (UIN), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi Petronas (UTP), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT)  berentap bagi merangkul anugerah juara keseluruhan pada malam tersebut.

Kumpulan  nasyid Intreacksee USIM merangkul anugerah Lirik Terbaik dan dinobatkan sebagai naib johan. Universitas  Islam Negeri Syarif Hidayatullah, Indonesia  dengan lagu mereka I’m Proud To Be Young Muslim telah memenangi  tiga anugerah iaitu Johan bagi pertandingan Nasyid IPT ASEAN,  Nasyid Terbaik dan Lagu Terbaik  manakala Universiti Putra Malaysia  (UPM) tempat ketiga. 

USIM selaku tuan rumah, menjemput empat figura tanah air sebagai juri iaitu Fauzi Marzuki, Ahmad Fedtri Yahya, Mohammad Hafiz Hamidun dan Rima Rashidi bagi mengadili pertandingan nasyid pada kali ini. Kira-kira 400 pengunjung membanjiri DKU pada malam tersebut semata-mata menyaksikan kehebatan kumpulan nasyid yang bertanding mempersembahkan nasyid mereka.

Menerusi pertandingan Tilawah al-quran pula Hamdani Roshidi dari Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim Riau, Indonesia  telah dinobatkan sebagai Johan bagi pertandingan Tilawah al-Quran manakala saudara Mohamad Ashraf Azman dari USIM mendapatkan  naib johan  dan Qairani dari Universitas Sultan Ageng Tirtayasa, Indonesia di tempat ketiga.

 

 

Oleh :

EB Abdul Mutalib Abu Bakar

EB Mior Muhammad Shahid Mior Mohammad Zin

PUSAT KEBUDAYAAN
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel:
+606 -798 6106 / 6107 , Faks: +606 -798 6109, Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.